Little Flower
LOVE :D
Tuesday, May 17, 2011 | 12:51 PM | 0 comments
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Sekian lama huruf-huruf tersebut disusun begitu....

Suatu hari...

I mula merasakan ada yang tidak lengkap di dasar hatinya..I mula merasakan kekosongan dalam hidupnya..I sering sahaja memerhati kelakuan huruf-huruf yang berada di sekililingnya,dengan harapan I dapat bertemu huruf yang dapat menggoncangkan hatinya..Lama I berkeadaan sedemikian rupa..Namun,I masih tidak bertemu huruf istimewa tersebut..

Sehinggalah suatu hari waktu musim bunga di Eropah,I terpandangkan kelibat U dan U turut memandang I.Kelibat U yang berperwatakan sederhana amat menarik hati I..U dapat mengesan perubahan tona warna di wajah I yang berubah merah..Hati I mula dipagut perasaan resah..I memendam rasa..Tiada huruf yang dapat mengesan perubahan sikap I yang sudah dilamun cinta..I mula gelisah..I gusar U menolak cintanya..Semakin hari,I semakin gundah..I tidak dapat menahan rasa rindunya kepada U lagi..

Setelah musim bunga di Eropah berakhir,semua huruf menjadi gempar!I telah hilang.Tempat I menetap selama beberapa kurun telah kosong!Masing-masing membuat teori sendiri..Masing-masing merasa bingung.

A B C D E F G H _ J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Sejak itu,U mula berharap I akan kembali lagi..U juga mula mencintai I,cuma terlalu malu untuk memulakan perhubungan.Semua huruf kemudiannya mengadakan mesyuarat untuk mencari I..Semua huruf bersepakat untuk bertebaran ke serata dunia untuk mengesan kehilangan I.

Maka terbentuklah perkataan SEARCH yang terhasil daripada gabungan huruf-huruf itu sendiri..Beberapa dekad kemudian,I mula rasa bersalah kerana telah menyusahkan semua huruf tersebut..I mengambil keputusan untuk pulang ke tempat asalnya..Tetapi,I tak berdaya berdepan dengan U.I hanya menetap di luar sahaja..

A B C D E F G H _ J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z >> I

Semua huruf yang telah kembali pulang berasa hairan apabila mengetahui I yang telah pulang hanya menetap di luar..Sekali lagi semua huruf bersepakat untuk berdepan dengan I,bertanyakan dari hati ke hati tentang masalah I..Kebetulan,U tidak dapat ikut serta kerana berasa agak kurang sihat..

I berasa terkejut apabila semua huruf datang bertemunya..I tercari-cari sosok U..I berasa lega apabila U tidak ikut serta,tetapi diserang kerisauan apabila dikahabarkan yang U kurang sihat..

Semua huruf duduk mengelilingi I untuk mengetahui masalah diri I..I yang semakin tidak terurus terdiam pada mulanya,mengumpul kekuatan untuk menyampaikan hasrat hatinya..Setelah berasa agak yakin dengan dirinya,I memulakan bicara..

"Sebenarnya,I dah terpikat kepada U..tapi I tak tahu macam mana nak sampaikan rasa hati I kepadanya...Sebab tu I pergi membawa diri...I cuba untuk mencari kekuatan..Tapi I tak terdaya..I kembali ni pun sebab rasa bersalah kepada semua huruf...."

Semua huruf berasa terharu dengan pengakuan I..Masing-masing mula mengesat air mata..Masing-masing ingin menolong I..Mesyuarat diadakan untuk membentuk perkataan yang sesuai untuk menyampaikan rasa hati I kepada U..

Selepas itu mula lah timbul perkataan

RINDU

SAYANG

MISS

CINTA

Tetapi..Semua itu tidak boleh dilakukan kerana ada perkataan yang melibatkan huruf I dan U serta ada yang melibatkan pengulangan huruf....Semua huruf mula terasa putus asa..Ikhtiar mereka tidak menemukan penyelesaian kepada masalah I..

Tanpa diduga,huruf E L O dan V tampil ke depan..Mereka meminta huruf yang lain agar mencuba gandingkan mereka berempat bersama..

Timbullah pula perkataan

OLEV
VELO
OVEL
EVLO
LOEV
EVOL
OELV
VLOE

dan

LOVE

Hadirin sepakat untuk memilih susunan LOVE kerana berasakan susunan tersebut lebih mesra dan lembut untuk didengar..Selain itu,hadirin sepakat untuk memilih makna bagi LOVE yang membawa erti kasih,sayang,dan cinta...I berasa lega..I mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua huruf kerana sudi membantunya...Dan sejak itu...

Susunan huruf mula berubah..

A B C D _ F G H _ J K _ M N _ P Q R S T _ _ W X Y Z >> I LOVE U

LOVE sudah menjadi jambatan kasih antara I dan U..Pengorbanan LOVE dan huruf yang lain untuk kebahagiaan I dan U amat menyentuh hati...

Kini,I dan U sedang bahagia bersama menikmati musim bunga di Eropah yang pernah menyaksikan segala permulaan hubungan antara I dan U..

------------------------------------------------------------------------------------------------

So,jangan lah dipersia-siakan perkataan I LOVE U tersebut..Ingatlah akan pengorbanan LOVE dan huruf yang lain demi menyatukan I dengan U..Hargailah sebuah perhubungan yang terungkap dengan perkataan LOVE tersebut.....

-TAMAT-


Older Post | Newer Post
Selamat Datang :D


Assalamualaikum and hi. Welcome to my blog. I wrote what that comes to my mind. And maybe I share something about my life here. So,enjoy! Thanx :)

The Owner


♥ Tengku Farrah Nadira ♥
♥ Sweet 18 ♥
♥ Mr A ♥
♥ STPM's victim ♥

Scream Here