Little Flower
Oh STPM :'(
Friday, November 9, 2012 | 3:39 PM | 0 comments
Assakamualaikum dan hai semua oranggg :)

Hai kamu kamu semua. Apa khabar? Ada sihat ka? Hihi. Harap semuanya baik baik belaka ye :D eh eh. Lately nie kita sangat sangat sedih. Why? Sebab aku terpaksa buat keputusan yg sangat berat buat aku. Hmm hmm.

Okay. Lets start with final exam STPM Penggal 1. 05 November sampai ke 08 November haritu aku exam. Wuuuu~ Debaran dia masa tu takyah nak cerita laa kan. Memang berdebar habis kott. Yelaaa. STPM pulakkk. Antara exam yg tersusah didunia. Haaa. Amek kauuu. Haha! Serius aku cakap,even dah final pun,aku masih tak ready. Study pun last minit. Nota ringkas buat last minit. Haihhh. Boleh dikatakan semua benda buat last minit. Agak agak boleh berjaya ke dengan perangai macam nie? -_- okay sila tumbuk saya! Dush dush! Memang tak laa kan. Haihhh. Aku just harap paper aku semuanya okay. Dan aku harap sangat aku lulus semua paper. Harap sangat dapat pemeriksa yg baik baik. Eh?

Hihi. Okay jum cerita pasal kertas kertas akuuu. Aku exam 4hari je punnn. Tapi rasa macam 4tahun -_- nampak tak azab dia macam mana? Haha! Okay. Hari pertama aku ada paper Pengajian Am. Okay aku sebenarnya target paper nie. Sangat sangat okay. Lepas trial sampai ke sebelum final,aku fokus kat Pengajian Am nie. Tapi,Ya Allah haiiii. Sumpah kecewa bila bukak soalan dia. Rasa macam tak pernah belajar je ouhh. Apa yg aku target tak keluar -_- Huishhhh. Tapi aku jawab jelaa kan. Janji aku tak hantar kertas jawapan kosong. Haha! :D

Hari kedua aku ada paper Geografi. Haaaa. Ni pun sama. Target sungai dengan ombak,tapi haremmmmm. Satu soalan pasal ombak pun tak keluar. Haihhh. Punya laa penat aku menghafal dengan budak budak kelas akuu. Tapi soalan dia tak laa sesusah soalan Pengajian Am. At least yg paper geografi nie ada laa aku boleh jawab. Tapi tu laa. Kecewa sebab soalan sungai tak keluar -_- lain kali taknak ahh baca banyak banyak sebab bukannya keluar pun! Eh? -_-

Hari ketiga pulak aku ada paper Bahasa Melayuuu. Wuuu. Kertas BM nie laa satu satunya kertas yg aku jawab dengan hati yg senang. Alhamdulillah. Hehe :) soalan dia tak susah tak senang. Semoga harapan cg Sham nak tengok budak budak kelas dia dapat A untuk Bm,tercapat. InsyaAllah aminnnn :)

Ekonomi is the last payperrrrr! Haha. Okay ekonomi? Hmm hmm. Tak tahu nak describe macam manaaa. Haha! :D AKu jawab je apa yg aku tahuu. Keluarkan semua ilmu yg adaa. Eh? Haaa. Macam tuu laaa. Jawab paper petang menyebabkan aku mengantuk! Damn! Tak sukaaa! -_-

Hm. Itu je laa kot nak cakap pasal exam final STPM Penggal 1 nie. Wuuuuu~ Serius susah exam STPM nie woiii. Sangat susah kalau tak prepared awal awal. Patutnya dari awal aku kena serius. Kurangkan main main. Eh? Dah terlambat dah pun farrah oiiii -_- now,cuma tawakal and berdoa je laa yg mampu. Semoga keputusan yg keluar nanti boleh buat semua orang yg ambil STPM senyum lebar. InsyaAllah :)

Byebye semua orang. Semoga berjumpa di entri yg lain :) *waving hands*



Older Post
Selamat Datang :D


Assalamualaikum and hi. Welcome to my blog. I wrote what that comes to my mind. And maybe I share something about my life here. So,enjoy! Thanx :)

The Owner


♥ Tengku Farrah Nadira ♥
♥ Sweet 18 ♥
♥ Mr A ♥
♥ STPM's victim ♥

Scream Here